Did You Know?

.MyConvergence is a print publication published by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

The first issue was published in July 2007. From 2008, two issues will be published yearly.

We seek articles from people that work in or are familiar with the telecommunications, multimedia, IT and postal services.

Event Calendar

    • .MyConvergence
    • Public Holidays

Sediakan pakej Internet mampu milik - Rais

KUALA LUMPUR 2 Mei - Syarikat perkhidmatan telekomunikasi di negara ini disaran menyediakan pakej perkhidmatan Internet mampu milik kepada semua lapisan masyarakat. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, untuk memastikan ia mencapai matlamat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyediakan formula untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat. "Melalui dasar kerajaan mesti ada satu modul bagi rakyat untuk berkomunikasi secara jalur lebar dengan kadar mampu milik dan kita sedang melihat dari dekat bagaimana syarikat telekomunikasi akan dapat memberikan perkhidmatan itu," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan telefon 4G paling pintar di dunia, Eclipse, milik YTL Communications yang turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif YTL Communications, Tan Sri Dr. Francis Yeoh di sini hari ini. Dalam pada itu, Rais berkata, YTL Communications telah menyahut seruan kerajaan bagi membekalkan Internet menerusi jalur lebar yang lebih pantas. "Ia terbukti yang terpantas dapat kita lihat, menggunakan teknologi video dan cara pengumpulan data yang lebih efisien bagi komunikasi yang lebih berkesan dan menyeluruh," katanya. Beliau berkata, program pendidikan oleh YTL yang melibatkan 400,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi perkhidmatan komunikasi dalam pembelajaran dan penyelidikan juga perlu dicontohi oleh syarikat telekomunikasi lain. "Namun dalam kepesatan dan persaingan teknologi telekomunikasi, saya harap budaya Malaysia tidak dipinggirkan dan kita tidak hilang identiti," tegas beliau. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, YTL Communications, Wing K. Lee berkata, syarikatnya yakin dapat mencapai 500,000 pelanggan bagi pengunaan perkhidmatan 4G mereka dikenali sebagai Yes dalam masa terdekat. "Setakat ini, jumlah tertinggi pelanggan kami adalah dari bahagian prabayar. Pelanggan pascabayar Yes pula sedang menunjukkan peningkatan yang baik. "Dengan pelancaran telefon pintar ini, jumlah asas pelanggan kami dijangka terus meningkat," katanya. Eclipse merupakan telefon pintar 4G yang boleh diubah ke teknologi rangkaian lain dengan kemampuan android.

Share this article

Back To Top