Did You Know?

.MyConvergence is a print publication published by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

The first issue was published in July 2007. From 2008, two issues will be published yearly.

We seek articles from people that work in or are familiar with the telecommunications, multimedia, IT and postal services.

Event Calendar

    • .MyConvergence
    • Public Holidays

Komputer Riba 1Malaysia kemudahan pelajar yang memerlukan

KAPIT: Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi berkata pengagihan Komputer Riba 1Malaysia (KR1M) adalah sebagai kemudahan kepada para pelajar yang memerlukan. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian KR1M di SMK Kapit, di sini petang kelmarin. “Ini merupakan fasa ketiga kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengagihkan KR1M kepada para pelajar. “Dan seperti yang kita maklum, tujuan utama kerajaan mengagihkan komputer riba ini adalah untuk merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar. “Di samping itu ia juga untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada pelajar di luar bandar tentang penggunaan teknologi bermaklumat. “Oleh itu, gunakanlah kemudahan ini dengan sebaiknya sebagai alat bantuan pembelajaran,” katanya. Hadir sama Pegawai Daerah Kapit Elvis Didit, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kapit Ambrose Abong Bugek dan Penolong Kanan 1 SMK Kapit Kuiek Boon Siau. Tambahnya, dengan adanya KR1M para pelajar dapat mengaplikasikan kemudahan tersebut dalam kehidupan seharian mereka dan memperbanyakkan lagi pencapaian maklumat mereka. Alexander dalam pada itu mengingatkan ibu bapa pelajar agar tidak terus membuat kesimpulan negatif sekiranya anak mereka tidak tersenarai sebagai antara penerima KR1M. “Seperti yang kita tahu, hanya pelajar yang kurang mampu diutamakan terlebih dahulu. “Malah proses pengagihan ini dilakukan secara berperingkat-peringkat. “Contohnya, pada tahun lepas kami sudah mengagihkan kepada pelajar yang layak dan tahun ini sekali lagi kami mengagihkannya,” katanya.

Share this article

Back To Top